Wednesday 11 November 2015

DATO’ DR. HASMIZA OTHMAN (PENGASAS VIDA BEAUTY SDN BHD)



Usahawan yang dipilih oleh kami dalam tugasan 1 (b) ialah Dato’ Dr. Hasmiza Othman merupakan seorang pengasas produk kosmetik Vida Beauty. Beliau mula menceburi bidang keusahawanan ini selepas mengambil keputusan mengorbankan karier beliau sebagai seorang guru. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh, Perak. Produk beliau mula berkembang di sekitar negeri Perak dengan produk yang dihasilkan secara berkualiti yang tidak asing lagi di negara kita, Malaysia. Sehubungan dengan itu, beliau merupakan anak kelahiran Kelantan dan telah menceburi bidang perniagaan ini telah hampir 16 tahun. Latar belakang pendidikan beliau mulakan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pendidikan dan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia, Penang. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran beliau hingga peringkat PHD dalam Jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Difahamkan juga, Dato’ Dr. Hasmiza Othman merupakan usahawan wanita yang jutawan dan berjaya mempunyai ratusan pekerja.
            Salah satu ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Dato’ Dr. Hasmiza Othman ialah pasukan yang berorientasi. Hal ini dapat dilihat melalui sikap beliau yang mengorbankan karier semata-mata untuk menjalankan perniagaan. Pengorbanan karier yang telah dilakukan oleh beliau tidak sia-sia kerana ia mendatangkan hasil yang lumayan dan mendapat segala perancangan niagaan yang beliau aturkan. Sehubungan dengan itu, beliau juga mengharapkan yang terbaik dalam susunatur organisasi yang telah dirancang tak kira sama ada dari segi Pengguna, Pekerja, Perniagaan, dan Rakan kerja niaganya. Misalnya, puluhan stokis, Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapura yang banyak membantu beliau sehingga kini dapat menguruskan perjalanan syarikat beliau sehingga berjaya.
            Selain itu, berani mengambil risiko juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh beliau. Ciri-ciri ini sangat penting untuk seseorang usahawan untuk berjaya. Hal ini demikian kerana sesuatu perkara yang ingin dilakukan terutamanya dalam perniagaan, kita seharusnya mempunyai sikap berani dalam menanggung sesuatu risiko dalam masa akan datang. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menubuhkan Vida Beauty Snd. Bhd. secara kecil-kecilan pada 1 Disember 2006. Sehubungan dengan itu juga, Vida Beauty telah bermula mengembangkan sayap niaganya secara meluas pada 1 Mei 2008. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau seorang yang berani mengambil risiko dan sentiasa berfikiran positif dalam memajukan perniagaannya pada masa hadapan. Antara kejayaan Vida Beauty yang dicapai oleh beliau seperti memulakan sesuatu yang menjadikan syarikatnya mempunyai imej dan pakaian seragam pekerja yang melambangkan syarikatnya. Oleh itu, secara tidak langsung syarikatnya telah berkembang dengan meluas melalui pembinaan Vida Beauty ini. Selain itu, tema warna yng digunakan dalam memperkenalkan atau memasarkan produk kepada pengguna juga memainkan peranan penting untuk memajukan lagi syarikatnya. Oleh itu, dengan pendekatan ini, syarikat Vida Beauty sendiri telah mendapat hasil yang sangat memberangsangkan daripada galakan dan sokongan padu semua kakitangan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani menanggung risiko.
            Di samping itu, ciri keusahawanan yang seterusnya ialah beliau seorang yang berwawasan. Sikap berwawasan yang dapat dilihat dalam diri Dato’ Dr. Hasmiza Othman seperti adanya perancangan yang teratur dan berkesan. Sebagai contoh, Vida Beauty Sdn. Bhd. telah berjaya mempunyai 38 cawangan di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Terangganu, Kedah, dan Kuala Lumpur. Setakat ini, Vida Beauty juga telah mempunyai seramai 120 orang tenaga pekerja yang berkelulusan dan berdaya kental dalam mmbantu meningkatkan sasaran yang diaturkan oleh pihak pengurusan syarikat. Selain itu, pekerja Vida Beauty juga memberikan komitmen yang berterusan dalam mencapai matlamat yang telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan syarikat itu. Sehubungan dengan itu, komitmen yang diberikan oleh pekerjanya telah menaikkan nama Vida Beauty dan seterusnya mengembangkan sayap niaga kosmestik dan kesihatan Vida Beauty ke taraf global dan internasional tak kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan, Alam Maya mahupun jualan secara promosi melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif. Tuntasnya, wawasan yang ditunjukkan dapat memberikan kejayaan kepada beliau dalam perniagaan kosmestik Vida Beauty dan secara tidak langsung memberikan contoh kepada para usahawan yang lain untuk maju dengan sikap yang berwawasan.
            Tambahan pula, taat juga merupakan salah satu ciri keusahawanan yang harus dimiliki oleh setiap usahawan untuk mencapai kejayaan. Sebagai umat Islam kita diwajibkan taat kepada perintah Allah s.w.t. walaupun sesibuk mana menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Dugaan dan cabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini sangat mencabar. Oleh itu, kita sebagai umat islam harus mempunyai sifat sabar, misalnya Dr. Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr. Hasmiza Othman telah banyak menjalani kehidupan yang sukar sebelum berjaya melangkah ke peringkat seperti sekarang. Siapa sangka, dari hanya seorang insan biasa iaitu kerjanya sebagai seorang guru sebelum ini dapat mengorak langkah hingga boleh melakukan perubahan besar dalam hidupnya. Sehubungan dengan itu, sebelum beliau berjaya dalam bidang perniagaan Vida Beauty ini, beliau dikejutkan dengan kehilangan dua orang anak lelaki dalam satu kebakaran dua tahun yang lalu dan masalah rumah tangga yang dihadapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit dari kehidupan sebelumnya (Ana Ghoib, 2013). Malah dugaan tersebut dapat memberi pengajaran kepada beliau untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa menyoal “kenapa ini terjadi kepada hidupnya” kerana beliau tahu bahawa Allah s.w.t. memberi ujian kepada seseorang itu tidak melebihi kemampuan hamba-Nya. Kejadian kebakaran yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa anak beliau terjadi pada 3 Ogos 2013 bertempat Meru Hill, Laluan Taman Meru. Pada waktu kejadian, Dato’ Dr. Hasmiza dilaporkan tidak berada di rumah kerana ada urusan di Pulau Pinang. Anak beliau yang telah meninggal dunia ketika itu berumur 10 dan 12 tahun. Hal ini jelas membuktikan Dato’ Dr. Hasmiza Othman seorang yang kuat, tabah, dan taat dalam menjalani kehidupan harian dan tidak pernah putus asa atau dalam erti kata lain menyerah kalah dengan dugaan yang menimpa diri beliau. (AbangNara, 2015)
Akhir Sekali, Dato’ Dr. Hasmiza Othman juga seorang usahawan wanita yang sangat proaktif dalam menguruskan perniagaan beliau. Hal ini demikian kerana beliau memulakan perniagaan beliau secara kecil – kecilan dengan memasarkan produknya di kios-kios di sekitar Perak sahaja. Oleh itu, dengan usaha gigih beliau telah berjaya mengembangkan produknya ke seluruh Malaysia terutamanya di negeri Perak, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, Terenggnu, dan Pulau Pinang. Sikap proaktif yang dimiliki oleh beliau telah membawakan kejayaan dengan mengiklankan produk kosmetiknya Qu Puteh di AJL 29 telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penonton program tersebut. Walaupun, mendapat tentangan daripada sesetengah pihak dengan cara beliau mempromosikan produk Qu Puteh tetapi beliau tetap berfikiran positif dengan meneruskan iklan tersebut. Namun, tujuan utama pengiklanan yang dibuat adalah untuk mengukuhkan jenama produk kosmetiknya iaitu Qu Puteh ternyata mendapat hasil yang memberangsankan. Selain itu, produk kosmetik berjenama Qu Puteh menjadi viral di laman sosial malah ramai yang meniru aksi gaya tangan di wajah mereka dan aksi ini telah menjadi marketing kepada syarikat Vida Beauty Snd Bhd. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah bersuara melalui instagramnya, dengan menulis kata- kata yang“I can’t tell the key of success , but the key to failure is trying to please everyone… kita punya citarasa yang berbeza, kita punya interest yang berbeza, walau kita sesama manusia… Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain… Selamat pagi semua.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam …”(gempak.a,2015) bermotivasi untuk tatapan semua yang kurang senang dengan iklan melampau Qu Puteh Jelaslah bahawa Dato’ Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida merupakan seorang yang proaktif dalam menghadapi cabaran menguruskan perniagaan beliau dan sentiasa berfikiran positif.       



PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH VIDA BEAUTY SDN BHD