Usahawan yang dipilih oleh kami dalam tugasan 1 (b) ialah Dato’ Dr.
Hasmiza Othman merupakan seorang pengasas produk kosmetik Vida Beauty. Beliau
mula menceburi bidang keusahawanan ini selepas mengambil keputusan mengorbankan
karier beliau sebagai seorang guru. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar
di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh, Perak. Produk beliau mula
berkembang di sekitar negeri Perak dengan produk yang dihasilkan secara
berkualiti yang tidak asing lagi di negara kita, Malaysia. Sehubungan dengan
itu, beliau merupakan anak kelahiran Kelantan dan telah menceburi bidang
perniagaan ini telah hampir 16 tahun. Latar belakang pendidikan beliau mulakan
dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pendidikan dan Perniagaan di
Universiti Sains Malaysia, Penang. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran
beliau hingga peringkat PHD dalam Jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar,
Hungary. Difahamkan juga, Dato’ Dr. Hasmiza Othman merupakan usahawan wanita
yang jutawan dan berjaya mempunyai ratusan pekerja.
Salah satu ciri-ciri keusahawanan
yang dimiliki oleh Dato’ Dr. Hasmiza Othman ialah pasukan yang berorientasi.
Hal ini dapat dilihat melalui sikap beliau yang mengorbankan karier semata-mata
untuk menjalankan perniagaan. Pengorbanan karier yang telah dilakukan oleh
beliau tidak sia-sia kerana ia mendatangkan hasil yang lumayan dan mendapat
segala perancangan niagaan yang beliau aturkan. Sehubungan dengan itu, beliau
juga mengharapkan yang terbaik dalam susunatur organisasi yang telah dirancang
tak kira sama ada dari segi Pengguna, Pekerja, Perniagaan, dan Rakan kerja
niaganya. Misalnya, puluhan stokis, Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh
Malaysia, Brunei, dan Singapura yang banyak membantu beliau sehingga kini dapat
menguruskan perjalanan syarikat beliau sehingga berjaya.
Selain itu, berani mengambil risiko
juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh
beliau. Ciri-ciri ini sangat penting untuk seseorang usahawan untuk berjaya.
Hal ini demikian kerana sesuatu perkara yang ingin dilakukan terutamanya dalam
perniagaan, kita seharusnya mempunyai sikap berani dalam menanggung sesuatu
risiko dalam masa akan datang. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menubuhkan
Vida Beauty Snd. Bhd. secara kecil-kecilan pada 1 Disember 2006. Sehubungan
dengan itu juga, Vida Beauty telah bermula mengembangkan sayap niaganya secara
meluas pada 1 Mei 2008. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau seorang yang
berani mengambil risiko dan sentiasa berfikiran positif dalam memajukan
perniagaannya pada masa hadapan. Antara kejayaan Vida Beauty yang dicapai oleh
beliau seperti memulakan sesuatu yang menjadikan syarikatnya mempunyai imej dan
pakaian seragam pekerja yang melambangkan syarikatnya. Oleh itu, secara tidak
langsung syarikatnya telah berkembang dengan meluas melalui pembinaan Vida
Beauty ini. Selain itu, tema warna yng digunakan dalam memperkenalkan atau
memasarkan produk kepada pengguna juga memainkan peranan penting untuk
memajukan lagi syarikatnya. Oleh itu, dengan pendekatan ini, syarikat Vida
Beauty sendiri telah mendapat hasil yang sangat memberangsangkan daripada
galakan dan sokongan padu semua kakitangan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
beliau seorang yang berani menanggung risiko.
Di samping itu, ciri keusahawanan
yang seterusnya ialah beliau seorang yang berwawasan. Sikap berwawasan yang
dapat dilihat dalam diri Dato’ Dr. Hasmiza Othman seperti adanya perancangan
yang teratur dan berkesan. Sebagai contoh, Vida Beauty Sdn. Bhd. telah berjaya
mempunyai 38 cawangan di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Pulau Pinang,
Terangganu, Kedah, dan Kuala Lumpur. Setakat ini, Vida Beauty juga telah
mempunyai seramai 120 orang tenaga pekerja yang berkelulusan dan berdaya kental
dalam mmbantu meningkatkan sasaran yang diaturkan oleh pihak pengurusan
syarikat. Selain itu, pekerja Vida Beauty juga memberikan komitmen yang
berterusan dalam mencapai matlamat yang telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan
syarikat itu. Sehubungan dengan itu, komitmen yang diberikan oleh pekerjanya telah
menaikkan nama Vida Beauty dan seterusnya mengembangkan sayap niaga kosmestik
dan kesihatan Vida Beauty ke taraf global dan internasional tak kira dari segi
pengiklanan, pemasaran, perniagaan, Alam Maya mahupun jualan secara promosi
melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif. Tuntasnya, wawasan
yang ditunjukkan dapat memberikan kejayaan kepada beliau dalam perniagaan
kosmestik Vida Beauty dan secara tidak langsung memberikan contoh kepada para
usahawan yang lain untuk maju dengan sikap yang berwawasan.
Tambahan pula, taat juga merupakan
salah satu ciri keusahawanan yang harus dimiliki oleh setiap usahawan untuk mencapai
kejayaan. Sebagai umat Islam kita diwajibkan taat kepada perintah Allah s.w.t.
walaupun sesibuk mana menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. Dugaan
dan cabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini sangat mencabar.
Oleh itu, kita sebagai umat islam harus mempunyai sifat sabar, misalnya Dr.
Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr. Hasmiza Othman telah banyak menjalani
kehidupan yang sukar sebelum berjaya melangkah ke peringkat seperti sekarang.
Siapa sangka, dari hanya seorang insan biasa iaitu kerjanya sebagai seorang
guru sebelum ini dapat mengorak langkah hingga boleh melakukan perubahan besar
dalam hidupnya. Sehubungan dengan itu, sebelum beliau berjaya dalam bidang
perniagaan Vida Beauty ini, beliau dikejutkan dengan kehilangan dua orang anak
lelaki dalam satu kebakaran dua tahun yang lalu dan masalah rumah tangga yang
dihadapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit dari kehidupan
sebelumnya (Ana Ghoib, 2013). Malah dugaan tersebut dapat memberi pengajaran
kepada beliau untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa menyoal
“kenapa ini terjadi kepada hidupnya” kerana beliau tahu bahawa Allah s.w.t.
memberi ujian kepada seseorang itu tidak melebihi kemampuan hamba-Nya. Kejadian
kebakaran yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa anak beliau terjadi pada 3
Ogos 2013 bertempat Meru Hill, Laluan Taman Meru. Pada waktu kejadian, Dato’
Dr. Hasmiza dilaporkan tidak berada di rumah kerana ada urusan di Pulau Pinang.
Anak beliau yang telah meninggal dunia ketika itu berumur 10 dan 12 tahun. Hal
ini jelas membuktikan Dato’ Dr. Hasmiza Othman seorang yang kuat, tabah, dan
taat dalam menjalani kehidupan harian dan tidak pernah putus asa atau dalam
erti kata lain menyerah kalah dengan dugaan yang menimpa diri beliau.
(AbangNara, 2015)
Akhir Sekali, Dato’ Dr. Hasmiza Othman juga seorang usahawan wanita
yang sangat proaktif dalam menguruskan perniagaan beliau. Hal ini demikian
kerana beliau memulakan perniagaan beliau secara kecil – kecilan dengan memasarkan
produknya di kios-kios di sekitar Perak sahaja. Oleh itu, dengan usaha gigih
beliau telah berjaya mengembangkan produknya ke seluruh Malaysia terutamanya di
negeri Perak, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, Terenggnu, dan Pulau Pinang. Sikap
proaktif yang dimiliki oleh beliau telah membawakan kejayaan dengan mengiklankan
produk kosmetiknya Qu Puteh di AJL 29 telah mendapat sambutan yang mengalakkan
daripada penonton program tersebut. Walaupun, mendapat tentangan daripada
sesetengah pihak dengan cara beliau mempromosikan produk Qu Puteh tetapi beliau
tetap berfikiran positif dengan meneruskan iklan tersebut. Namun, tujuan utama
pengiklanan yang dibuat adalah untuk mengukuhkan jenama produk kosmetiknya
iaitu Qu Puteh ternyata mendapat hasil yang memberangsankan. Selain itu, produk
kosmetik berjenama Qu Puteh menjadi viral di laman sosial malah ramai yang
meniru aksi gaya tangan di wajah mereka dan aksi ini telah menjadi marketing
kepada syarikat Vida Beauty Snd Bhd. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah
bersuara melalui instagramnya, dengan menulis kata- kata yang“I
can’t tell the key of success , but the key to failure is trying to please
everyone… kita punya citarasa
yang berbeza, kita punya interest yang berbeza, walau kita sesama manusia… Bak
kata orang, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain… Selamat pagi semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam …”(gempak.a,2015) bermotivasi
untuk tatapan semua yang kurang senang dengan iklan melampau Qu Puteh Jelaslah
bahawa Dato’ Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida merupakan
seorang yang proaktif dalam menghadapi cabaran menguruskan perniagaan beliau
dan sentiasa berfikiran positif.
PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH VIDA BEAUTY SDN BHD