Wednesday 11 November 2015

CHRIS HIRST

7.0 KEBUDAYAAN TERBUKA

           Budaya keterbukaan merupakan konsep dimana pengetahuan disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang membangun, menukar atau mempertingkan kerja-kerja yang sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek. Budaya keterbukaan sangat penting dalam memajukan perniagaan dan melakukan pembaharuan yang perniagaan yang dijalankan. (Ciac, 2010)
              Ketua pegawai Eksekutif, bagi agensi London iaitu Chris Hirst merupakan salah seorang individu yang mengamalkan dan memilki kebudayaan terbuka.  Hal ini dapat digambarkan apabila beberapa tahun yang lalu Grey London memerlukan perubahan dalam corak perniagaan yang jalankan. Lepas Chris Hirst mula mengamalkan budaya terbuka, agensi ini mula berubah dari segi landskap media dan Grey London mula untuk berkembang dari segi kewangan. Sebelum ini agensi ini cuba untuk mengadakan perubahan dari konsep lain namun tidak berjaya tetapi apabila Chris Hirst menggunakan kebudayaan terbuka ianya berhasil. Chris Hirst berpendapat strategi ini digunakan untuk mengubah budaya dan perlu bekerja untuk hidup, berkembang maju sentiasa. Ini adalah falsafah kreativiti kolektif dan tanggungjawab bersama. Konsep ini meggalakkan peningkatan kerjasama antara jabatan-jabatan, agensi dan juga pelanggan. Seterusnya, selepas Chris Hirst mula mengamalkan budayaan terbuka dalam masa yang singkat, agensi Grey London memenangi anugerah di seluruh dunia. Selain itu, hasil yang dikeluarkan oleh agensi itu juga menjadi dua kali ganda dan bukan itu sahaja malah kakitanganya juga menikmati insentif tertentu, dan pelanggan turut berpuas hati daripada produk yang dihasilkan. Bagi meneruskan usaha ini, Chris Hirst merangka beberapa cara atau pendekatan yang perlu dilaksanakan bagi meneruskan konsep budaya terbuka ini. Antara cara yang perlu dilaksanakan ialah jangan hanya menyusun strategi perubahan. Chris Hirst berpendapat, semua perniagaan perlu berubah. Perubahan sangat penting bagi perniagaan kreatif dan kecil kerana terdapat persaingan yang banyak daripada syarikat-syarikat besar yang lain. Perubahan tidak memerlukan wang yang banyak tetapi strategi perniagaan yang akan memberi wajah baru kepada perniagaan apabila melakukan perubahan.
Perubahan drastik dalam budaya boleh mengubah corak perniagaan dan menghasilkan hasil yang terbaik kepada pelanggan.  Cara seterusnya ialah, lakukan sekarang, Chris Hirst menyatakan bahawa perubahan perlu dilakukan apabila keadaan organisasi itu jelas bukan semasa menghadapi kemerosotan. Hal ini kerana, kerugian dan kejatuhan agensi dapat dielakan. Selain itu, dengan ini kepercayaan pelanggan juga tidak akan berkurang kerana keadaan agensi berada dalam keadaan stabil dan baik. Akhir sekali, Jangan berhenti, Chris Hirst menyatakan bahawa usaha budaya terbuka perlu dilaksanakan secara kerap bagi menstabilkan agensi secara berterusan. Selain itu, perlu memupuk perubahan dalam kalangan pekerja kerana merekalah asset kepada dan tulang belakang kepada sesuatu organisasi perniagaan. Hal ini boleh dilaksanakan melalui, bengkel, latihan, dan sebagainya. (Hirst, 2012)
         Kesimpulanya, dapat dilihat budaya terbuka yang diamalkan oleh Chris Hirst telah mendatangkan impak positif yang sangat besar kepada agensi Grey London serta memberi imej baharu kepada agensi ini. Budaya terbuka yang diamalkan oleh Chris Hirst sememangnya wajar dan ini merupakan salah satu ciri yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment