Wednesday 11 November 2015

DATO' TONY FERNANDEZ

1.0 BERORIENTASIKAN HASIL



       Berorientasikan hasil adalah termasuk kedua-dua kesan negatif yang sebenar & berpotensi, serta kegagalan kemudahan untuk membantu penduduk mencapai tahap praktik tertinggi mereka. (Budakmiki, 2009)
       Nama diberi Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes, berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau adalah Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. (AIRASIA, 2010)
       Dato’ Tony Fernandes pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. “Now Everyone Can Fly”, itulah matlamat dan fokus syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang kini sudah menawarkan penerbangan sehingga ke 20 buah negara, selain dari melakukan penerbangan domestic. Pada waktu ini beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yg menarik kepada pelanggan. Perancangannya adalah ingin menjadikan penerbangan yang bertambang murah dan AirAsia berjaya menarik hati ramai orang yg pertama kali menaiki pesawat penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah ini. Oleh itu, Dato’ Torny Fernandez telah berjaya mencapai matlamatnya bahawa orang ramai juga mampu menaiki kapal terbang kerana beliau telah menawarkan harga yang sangat murah lagi berbaloi berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain. Pelbagai stratergi yang telah dilakukan beliau bagi mencapai matlamat nya. Antaranya pengurusan pasukan kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Selain itu, Kos Bagi Setiap Tempat Duduk Hanya RM0.82! AirAsia memastikan pengurusan kos efektif. Ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya. Beliau juga menjaga hubungan baik dengan Rakyat terutamanya Rakyat Malaysia. (MUHAMMAD, 2013)

       Walaupun telah menawarkan harga yang sedia murah, AirAsia tetap mengadakan promosi dan menawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Ini sudah semestinya menjadi faktor tarikan yang utama kepada orang ramai yang ingin menaiki kapal terbang dengan kos tambang yang lebih menjimatkan. Dan akhirnya Dato’ Tony Fernandez telah berjaya mencapai kejayaan yang terbesar iaitu pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment