Wednesday 11 November 2015

DATUK WIRA MAZNAH HAMID

5.0 MENGAMBIL RISIKO TERBUKA
      Mengambil risiko terbuka bermaksud mengenal pasti, menilai dan mengatur kepentingan risiko diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur bagi mengurangkan kesan yang tidak diingini berlaku.
     Salah seorang usahawan Malaysia yang memiliki ciri mengambil risiko terbuka ialah Datuk Wira Dr Maznah yang dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tanggal 18 April 1955. Datuk Dr Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi motivasi tentang menghadapi risiko dengan terbuka kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik dan penjawat awam. (Farizol, 2014)

     Beliau telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain. Beliau kini mengelepai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6000 kakitangan dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik dan lain lain. Hasil daripada sifat mengambil risiko beliau dalam menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak.

     Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah dengan menubuhkan Securiforce Logistik. Selain itu, kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Beliau merintangi semua risiko yang datang dengan berfikiran terbuka. Kejayaan ini amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaaan beliau ialah modal perniagaan yang sebenarnya adalah diri sendiri’. (Gopalan, 2014) Segala sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan masih berterusan sehingga kini. Salah satu sumbangan beliau adalah Residen Speaker untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau juga menubuhkan Maznah Motivational Centre yang mengadakan seminar seminar keusahawanan kepada masyarakat supaya dapat memberi semangat bagi menjalankan sesuatu perniagaan. (Yussufsaufey, 2015)
       Kesimpulannya, prinsip beliau lebih kepada sifat mengambil risiko yang terbuka bagi seseorang dalam bidang perniagaan yang diceburinya walaupun beliau seorang perempuan. Jikalau seseorang usahawan tidak berani mengambil segala risiko, maka perniagaannya tidak akan berkembang pesat dan jatuh merundum.

No comments:

Post a Comment