Wednesday 11 November 2015

TAN SRI LOH BOON SIEW

9.0 BERPANDANGAN JAUH


          Berpandangan jauh bermaksud kebolehan seseorang untuk menjangka keperluan, masalah yang rapi untuk jangka masa yang panjang.Ciri ini sangat penting dalam mengatur strategi perniagaan dalam jangka masa panjang dan serta ciri ini membolehkan seseorang usahawan untuk merangka hala tujuan keatas perniagaan yang dijalankan. (Firdaus Shope, 2011)
             Salah seorang usahawan Malaysia yang memiliki ciri berpandangan jauh ialah,  Tan Sri Loh Boon Siew. Beliau berasal dari kampung Hui iaitu, daerah Fukian, yang merupakan wilayah miskin di china pada ketika itu. Beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah Kerana kehidupan keluarga Tan Sri Loh sangat miskin. Selian itu, sejak daripada kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan yang digunakan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual menambah pendapatannya keluarganya. Selepas itu, bapa Tan Sri meminta Tan Sri Loh untuk bekerja di sebuah kedai mekanik dan itu merupakan titik permulaan bagi beliau dalam dunia permotoran. Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat Boon Siew Assembly Plant. (Kisah Datuk Loh Boon Siew, 2012).
            Walaupun pada awalnya Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan dan dianggap tidak berguna dan cepat rosak, namun halangan ini tidak mematahkan semangat beliau dan beliau memandang kehadapan dengan mengeluarkan jenis motosikal mengikut kerperluan semasa dan cita rasa pengguna. Beliau juga mempunyai kebolehan menjangka keperluan pada masa hadapan. Hal ini boleh dilihat apabila beliau mencul dengan model - model motosikal yang menarik serta berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pegguna mengikut arus peradaran zaman. Seterusnya, menurut data yang diperolehi sekitar 1980-an, 10 daripada 7 buah jenis motorsikal yang berada di jalan raya adalah daripada model Honda Boon Siew. Orang yang bertanggunjawab yang membawa motosikal Honda ke Malaysia ialah Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Menurut sumber sejarah, Tan Sri tidak boleh menulis ataupun membaca, tetapi disebabkan daya ingatan Tan Sri adalah sangat tinggi, maka beliau sering bergantung pada ingatannya dalam membuat sebarang keputusan atau pertimbangan. Disamping itu, Tan Sri turut merupakan seorang yang sentiasa mempunyai siafat berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan untuk menjangka dan sentiasa bersiap sedia untuk mengadapi sebarang masalah dalam dunia perniagaan. Ciri ini dimiliki oleh semua usahawan berjaya serta diperlukan bagi setiap usahawan muda yang ingin berjaya dan maju ke hadapan. Sifat ini juga merupakan kunci kejayaan Tan Sri Dato Loh Boon Siew dalam perniagaan pemotoranya. Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan diri atau memiliki ciri berpandangan jauh yang tinggi. Hal ini boleh digambarkan apabila beliau membuka kilang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd. Beliau mengambil tindakan ini bekerja beliau boleh menjangka bahawa beliau boleh menguasai pasaran pemotoran di Malaysia serta dapat boleh memasarkan produknya ke peringkat antarabangsa. Beliau juga dikatakan berpandangan jauh kerana jika pasarannya tidak begitu baik di negara china beliau masih boleh memasakan produknya di negara cawangan seperti Malaysia dengan membina kilangnya di Malaysia.Selain itu, dengan terbinanya, kilang ini, motosikal Honda tidak lagi dipasang sebagai barang siap di jepun tetapi ia dipasang di Malaysia dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pemasangan dan jualan. Ini juga diboleh dikatakan bahawa Tan Sri sememangnya seorang yang berpandangan jauh kerana dapat buat perkembangan dalam perniagaannya untuk terus maju. (Johari, 2014)
        Kesimpulanya, dengan memilki sifat berwawasan dan berpandangan inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutamanya dalam bidang permotoran. Selain itu, tidak semua usahawan yang mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk melihat jauh kehadapan seperti Tan Sri serta sikap positif beliau ini merupakan senjata utama dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industry permotoran Malaysia.

No comments:

Post a Comment