Wednesday 11 November 2015

DATIN MINA CHEAH FOONG

2.0 BERORIENTASIKAN KUMPULAN


      Berorientasikan kumpulan adalah cara yang bukan hanya berfikir tentang diri sendiri, malah termaksuk anda dan juga orang lain dalam membuat sesuatu keputusan. (N, 2006)
       Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan penjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian.Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada The Body Shop malah menyukai segala aktiviti kempen yang telah dianjurkan. Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body shop ke Malaysia. (BHD., 2013)
       Pada mulanya, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Selama beberapa tahun mereka kerja sebagai sepasukan untuk memajukan perniagan mereka. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, mereka membahagiakan tugas suspaya kerja dapat dijalankan dengan sistematik tanpa penindahan sebarang kerja lain. Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu. Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar dugaan Datin Mina dan suaminya. (WEN, 2014)
        Walaupun usahawan mempunyai kekurangan seperti Datin Mina yang tidak mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan, beliau berusaha dan terus mencari rakan kongsi yang dapat membantu menjalankan perniagaan bersama-sama. Setelah itu terbukti, bahawa kerjasama antara Datin Mina dan Puan Mariam telah berjaya menaikkan nama perniagaan mereka, The Body Shop sehingga ke hari ini.


No comments:

Post a Comment