Wednesday 11 November 2015

DATO’ MOKHZANI MAHATHIR

8.0 KEGAGALAN UNTUK BERJAYA

            Kegagalan membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya mencapai matlamat atau cita-cita yang dikehendaki. Sebagai seorang usahawan, seseorang itu tidak boleh mengelak daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan. Seseorang usahawan yang memiliki fikiran yang bermotivasi dan terbuka, golongan usahawan ini akan menerima kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan sebagai satu dalam dunia perniagaan serta sentiasa berusaha untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari sesuatu yang baru daripada kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan yang dijalankan serta cuba melakukan perubahan untuk terus membangun daripada kegagalan yang dihadapi sebelumnya. Kegagalan diperkatakan sebagai salah satu risiko yang akan dihadapi oleh seseorang usahawan yang berjaya dan setiap usahawan yang perlu memiliki sifat bangkit dari kegagalan. (Bukari, 2010)
            Salah satu usahawan yang memiliki sifat ini adalah seperti Dato’ Mokhzani Mahathir yang menjadi salah satu usahawan yang berjaya dan merupakan jutawan Malaysia. Beliau juga menghadapi jatuh bangun dalam perniagaannya sebelum mencapai kedudukannya sekarang. Beliau merupakan anak sulung kepada bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir dan isterinya Tan Sri Datin Hasmah.Dato’ Mokhzani merupakan ketua pegawai eksekutif dalam kancana petroleum dan beliau juga pakar dalam bidang kejuruteraan petroleum.
          Bagi seseorang usahawan belajar daripada kesilapan bermaksud mereka mengalami kerugian dalam perniagaan yang dijalankan disebabkan silap langkah. Tetapi melalui kegagalan yang dialami ini membolehkan mereka untuk mengelakan sebarang kegagalan di masa akan datang dan menjadikan mereka lebih peka terhadap sebarang tindakan yang ingin dilakukan. Dato’s Mokhzani Mahathir sebagai Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad juga pernah menghadapi situasi yang memerlukan beliau bertindak dengan bijak bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu, sebelum menyertai Kencana Petroleum beliau juga pernah mengalami naik turun iaitu pada 2001.Hal ini kerana semasa berlakunya krisis kewangan pada tahun 1997, beliau gagal dalam mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings serta 32.9 peratus dalam Pantai Holdings. Tetapi keadaan itu tidak pernah menyebabkan beliau mengalah. Beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai penolong bendahari pemuda UMNO Malaysia bagi menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pemulihan perniagaanya yang terjejas akibat daripada krisis kewangan yang berlaku tersebut. Hasil usaha beliau membuatkan beliau bangkit semula daripada kegagalan yang dialaminya itu serta menjadi orang yang terpenting dalam rekod ekonomi negara Malaysia. (Azie, 2015)
          Kesimpulannya, beliau melaksanakan pelbagai transformasi dalam perniagaan beliau dan sentiasa peka terhadap masalah- masalah yang berlaku yang boleh menjelaskan perniagaan beliau. Disebabkan beliau sentiasa keinginan untuk terus maju dan berdaya saing kini beliau telah menjadi salah seorang ushawan Malaysia yang berjaya serta tidak lari daripada menghadapi kegagalan sebelumn naik ke puncak kejayaan.

No comments:

Post a Comment