Wednesday 11 November 2015

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

6.0 TAAT

Taat bermaksud mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan hati yang ikhlas dan perbetulkan niat kerana Allah swt. Sikap ini perlu ditonjolkan oleh setiap usahawan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan perniagaannya supaya usahawan mendapat kepercayaan dari semua pihak.
     Salah seorang usahawan Malaysia yang memiliki ciri taat ialah, Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Sewaktu kecil, beliau hidup dalam keadaan serba kekurangan sehinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Disebabkan oleh itu, beliau memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan masyarakat. (nawir, 2010)
      Pada tahun 1970-an, semua binatang ternakan bapanya mati akibat tercetusnya wabak mulut dan kaki yang merebak yang menyebabkan perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan dan binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau membuat keputusan untuk tidak lagi menceburi dalam bidang penternakan malah beliau mengambil alih tugas dalam perniagaan bapanya. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada dan mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed melantik kerani china sebagai pengurus syarikat setelah membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar taat dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA.
       Pada tahun 1975, beliau memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara dan menubuhkan Syarikat Shah. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya. Kemudiannya, beliau telah mengembangkan perniagaannya yang dari pembekalan beras kepada komoditi lain, iaitu gula. (farizol, 2014)
     Selepas itu, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan hasil daripada sifat taat nya.     Pada tahun 1978, beliau menggunakan strategi tersendiri dan dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter semasa berada di China, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Beliau taat dalam manukarkan barangan nya yang dijalankan secara pukal dengan negara China dan tidak menipu dalam sukatannya. Seterusnya, beliau telah melaksanakan sektor pembuatan pakaian seragam tentera. Melalui sifat taat beliau dalam pekerjaan, wang yang diperolehi hasil dari penyenaraian di Papan Kedua Bursa Saham inilah beliau membeli Spark Manshop bagi mengeluarkan pakaian yang berjenama Crocodile. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan beras, the dan sebagainya itu Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979.  Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi tetapi beliau masih taat dalam perniagaannya. (mahmood, 2010)
     Kesimpulannya, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan kerana kita mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang halal. Sebagai orang Islam juga, kita haruslah taat kepada yang maha esa dalam melakukan perniagaan supaya mendapat keredhaan daripada Nya. Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia dengan sifatya yang begitu taat dalam menjalankan perniagaan.

No comments:

Post a Comment