Wednesday 11 November 2015

TATPARANANDAM ANANDA KRISHNAN

4.0 RANGKAIAN

     Rangkaian bermaksud peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang usahawan bagi memperolehi peluang perniagaan dengan lebih banyak dan dapat menyelesaikan masalah.
     Salah seorang usahawan Malaysia yang memiliki ciri rangkaian ialah Tatparanandam Ananda Krishnan yang dilahirkan di Brickfields pada tahun 1938. Menurut Majalah Forbes, beliau merupakan usahawan yang kedua terkenal di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi penaja konsert Band Aid bersama Bob Geldof dari Britain pada tahun 1985. (shubhi, 2013)
    Pada awal tahun 1990, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang termasuk Maxis Communications Berhad, SES World Skies, Astro All Asia Networks plc, Sistem Rangkaian Siaran Measat, Objektif Bersatu Sdn Bhd, Binariang Satellites Systems Sdn Bhd, Celestial Pictures ltd yang berasas di Hong Kong dan Asian Broadcasting Network. Beliau juga mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1991. Kini cerita tentang kejayaannya telah pun disiarkan di media sosial yang melalui kegiatan perjudiannya di Australia dan pembuat tawaran perniagaan. Dalam urus niaga minyak mentah, Ananda menjadi seorang pembuat tawaran perniagaan yang dijalankan dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum sebelum tahun 1992 di Asia. Beliau sentiasa menghadiri perjumpaan perjumpaan rasmi ataupun sosial bersama Tengku Razaleigh Hamzah yang berada di akhir kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia. (azman, 2014)
     Pada tahun 1993 pula, satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek diambil alih oleh sebuah syarikat yang dikuasai oleh Ananda. Beliau juga yang telah meyakinkan Dr.Mahathir tentang pembinaan Menara Berkembar Petronas. Beliau memiliki sebahagian daripada TVB.com serta mempunyai rangkaian pawagam multipleks.  Selain itu, Astro All Asia Networks Plc   merupakan rangkaian televisyen berbayar yang pertama di Malaysia yang diketuai oleh beliau. Beliau juga telah melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, seterusnya dengan satelit yang kedua melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn.Bhd pada tahun 1996. (ang, 2014)
     Akhir sekali, sebelum mengalih pandangan ke dalam negara, beliau telah mencapai matlamatnya dalam mengumpulkan harta kekayaan berjuta juta ringgit melalui usaha rangkaiannya di luar negara. Setiap individu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan sekiranya mempunyai ciri rangkaian yang dibincangkan di atas.

No comments:

Post a Comment