Wednesday 11 November 2015

DATO' HAZIMAH ZAINUDDIN

3.0 PROAKTIF


       Setiap usahawan mestilah mempunyai sikap dan fikiran yang proaktif. BERFIKIR proaktif ialah suatu kemahiran berfikir secara positif yang melibatkan perancangan teliti dan rapi supaya hasilnya menjadi. (ErmaNur, 2013)
        Dato’ Hazimah Zainuddin menubuhkan Hyrax Oil Sdn. Bhd. pada tahun 1991. Hyrax Oil adalah minyak pelincir yang terkenal di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Syarikat itu, membangunkan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk kegunaan automotif dan industry. Malah Hyrax Oil adalah satu-satunya pengeluar minyak pelincir, alat ubah dan kabel. Pasarannya cukup luas, baik di dalam mahupun luar negara. (HAJAH, 2013)
         Apa yang dikatakan Dato’ Hazimah Zainuddin seorang yang proaktif adalah pada asalnya beliau hanya bermula dengan perniagaan alat ganti dan minyak pelincir secara runcit sahaja, walhal beliau mengurusnya seorang diri. Ketika perniagaan sedang berkembang pesat, pihak pembekal secara tiba-tiba tidak dapat membuat bekalan minyak pelincir sehingga bisnes beliau terjejas. Tetapi beliau tidak berputus dengan begitu sahaja, malah Dato’ Hazimah mencari pembekal lain dan bertemu pengeluar dari Korea. (ZUBIR, 2008)
         Melalui pembekal Korea itu, Dato’ Hazimah mengimport minyak pelincir dan membayar duti import yang tinggi setiap tahun. Dengan pemikiran yang proaktif, beliau mengambillangkah untuk membuat keputusan mengeluarkan produk itu di Malaysia bagi menjimatkan kos. Malah selepas dua tahun beroperasi sekali lagi duagaan menimpa beliau, rakan kongsinya pula menarik diri ekoran kegawatan ekonomi yang berlaku. Beliau terpaksa membayar balik modal rakan kongsinya itu dan mencari pelaburan lain. Dato’ Hazimah keluar dari masalah dengan mengambil langkah yang proaktif untuk meneruskan perniagaanya. Setelah itu, beliau telah Berjaya mengharunginya dan dianugerahkan Usahawan Wanita 2002 oleh Firma Ernst 7 Young. (ZUBIR, 2008)

         Terbukti bahawa Dato’ Hazimah Zainuddin mengaplikasikan pemikiran yang proaktif kearah yang positif walaupun beliau terpaksa mengharungi dugaan yang mencabar dirinya untuk terus berusaha dan cekalkan hati untuk melangkah menuju kejayaan. 

No comments:

Post a Comment